Friday 11 January 2013

Apakah nama senjata ini


Apakah nama senjata ini?
Sebelum saya hurai dengan panjang lebar.....saya beri ruang kepada anda untuk menjelas kan serba sedikit sekiranya anda tahu jenis senjata ini.....

Ini adalah sejenis keris yang diberi nama "Keris Beko Tok Cu"
Asal Keris Beko Tok Cu ini ialah dari Palekbang Tumpat Kelantan.
Mengikut cerita dan kisah dari sumber yang boleh dipercayai, Tok Cu yang berasal dari Palekbang Tumpat Kelantan ini adalah merupakan guru kepada Pakir Ali yang membina Masjid Bersejarah iaitu Masjid Kampong Laut yang terkenal dengan binaannya tanpa menggunakan sepucuk paku dan seratus peratus bercirikan binaan Melayu Lama.
Tok Cu Kelantan juga dikatakan adalah orang keramat. Mengikut cerita orang dulu - dulu, Tok Cu Kelantan pernah mengalihkan api dari rumah yang terbakar dengan hanya menggunakan sebilah keris yang dibuat olehnya.
Keris yang dibuat oleh Tok Cu Kelantan adalah merupakan sejarah yang berharga dan merupakan kebanggaan bagi rakyat Kelantan.

1 Comments:

At 28 April 2016 at 06:07 , Blogger Unknown said...

salam encik.. saya pelajar dr UMK .. da buat temuramah tentang keris untuk projek akhir. bolehkah saya dpatkan no contact encik?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home