Monday 14 January 2013

Keris Jawa Ular Lidi 23 Lok

Keris jenis Ular Lidi dalam simpanan saya ini juga dari Tanah Jawa dan mempunyai 23 lok. Keris jenis ini juga memang sukar untuk diperolehi. Hanya beberapa orang yang bertuah saja memilikinya.



Keris jenis Ular Lidi ini sememangnya telah diuji keasliannya oleh mereka - mereka yang mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai senjata Pusaka Melayu ini.

Keris Jawa

Salam sejahtera kepada anda yang setia melayari ruangan Blog saya ini. Pada kali ini saya ingin pamerkan kepada anda Keris Jawa Bugis yang juga dalam simpanan saya. Bukan nak bermegah, hanya untuk berkongsi kepada anda yang meminati senjata pusaka ini.


Usia keris Jawa Bugis ini sukar untuk di tafsirkan secara tepat. Tapi yang nyata ianya memang cukup lama. Ianya telah diakui oleh mereka - mereka yang telahpun melihat keris ini.

Saturday 12 January 2013

Mengenal Bahagian - Bahagian Pada Mata Keris

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kepada anda yang setia mengunjungi halaman blog Keris Pusaka Melayu ini. Kali ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu berkaitan bahagian - bahagian pada mata keris.
Mungkin anda lebih mengetahuinya dan mungkin juga anda tidak mengetahuinya....
Apa yang ingin saya kongsikan ini, bukan untuk berbangga atau bermegah.....cuma sekadar berkongsi untuk ilmu yang mungkin akan menjadi sumber rujukan kepada anak cucu kita selepas ini. IsyaAllah.....





Keris Naga Tunggal



Keris Anak Alang Pattani

Keris Anak Alang Pattani Koleksi Peribadi Saya.....


Friday 11 January 2013

Keris Tok Cu Kelantan





Ini adalah sebilah lagi Keris yang diberi nama "Keris Tok Cu Kelantan"....
Keris ini dibuat oleh Tok Cu Kelantan dipercayai dengan hanya melurut dan picit menggunakan jarinya sahaja.
Keris Tok Cu Kelantan ini adalah lagenda serta amat bermakna bagi rakyat Kelantan dan sukar untuk dimiliki. Keris Tok Cu Kelantan ini adalah milik dan dalam simpanan saya sendiri.
Sampir pada sarung keris Tok Cu Kelantan ini diperbuat dari Teras Gemunggal yang juga sukar untuk diperolehi...
Usia Keris Tok Cu Kelantan ini sukar untuk dijelas......tetapi yang nyata, usianya terlalu lama.Ianya juga di akui oleh Pengerusi Barang Antik Kelantan.

Apakah nama senjata ini


Apakah nama senjata ini?
Sebelum saya hurai dengan panjang lebar.....saya beri ruang kepada anda untuk menjelas kan serba sedikit sekiranya anda tahu jenis senjata ini.....

Ini adalah sejenis keris yang diberi nama "Keris Beko Tok Cu"
Asal Keris Beko Tok Cu ini ialah dari Palekbang Tumpat Kelantan.
Mengikut cerita dan kisah dari sumber yang boleh dipercayai, Tok Cu yang berasal dari Palekbang Tumpat Kelantan ini adalah merupakan guru kepada Pakir Ali yang membina Masjid Bersejarah iaitu Masjid Kampong Laut yang terkenal dengan binaannya tanpa menggunakan sepucuk paku dan seratus peratus bercirikan binaan Melayu Lama.
Tok Cu Kelantan juga dikatakan adalah orang keramat. Mengikut cerita orang dulu - dulu, Tok Cu Kelantan pernah mengalihkan api dari rumah yang terbakar dengan hanya menggunakan sebilah keris yang dibuat olehnya.
Keris yang dibuat oleh Tok Cu Kelantan adalah merupakan sejarah yang berharga dan merupakan kebanggaan bagi rakyat Kelantan.

Senjata Melayu Lama

Ruangan ini sedikit sebanyak akan saya lakarkan sejarah senjata Melayu. Pelbagai jenis senjata akan di urai satu persatu dari segi kegunaannya, jenis, nama, dan asal usulnya. Kepada anda yang meminati sejarah senjata Melayu lama, hayati lah laman blog ini dengan pelbagai maklumat yang berguna.


Ini adalah koleksi peribadi ku berkaitan senjata lama yang akan aku ceritakan satu persatu mengikut jenis - jenis senjata. Nanti kan post yang terkini yang akan saya upload kan untuk anda.